Followers

Wednesday 24 July 2013

Himpunan Anak Kedah UPSI - sirih bakti ke gagang.

Program sirih bakti ke gagang ini bukanlah satu program yang dirancang dengan baik malahan tiadapun kertas kerja. Program ini diadakan kerana jadual HAK lapang semasa cuti semester ini dan bertepatan pula dengan SMK Tunku Sulong yang telah terpilih mewakili negeri Kedah ke pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan. 















Motivasi - Pelajar Sesi Petang

SMK Tunku Sulong punya cerita.






SK JENERI... Motivasi darjah 5.







Monday 1 July 2013

MAWAR MELAYU


tersengat oleh lebah sesat tak bertuan
dikikis panahan mentari yang menyiga
hingga kelopaknya gugur satu demi satu
tertanggal kulit jati diri
rebah dalam lemah tak bergagang
matinya mawar Melayu di taman yang indah.


KAUsturi
11/10/12

KHAR

Fready Anak Hang


F asal ilmu ini menemukan kita
R anjau dan onak dilalui bersama
E ntah sampai bila
A ku dan engkau
D iulik mimpi tawa indah mempesona
Y ang tercipta untuk kita bersahabat

A kal mungkin tidak mampu mentafsir rasa
N amun mampu mengikat hati
A pa terdaya Cuma doa
K ita akan berjaya bersama

H ulurlah tanganmu teman
A ndai aku tidak dapat lagi berdiri
N escaya ada kekuatan
G engam kita ke puncak kejayaan

Nukilan
KAUS

2/2/2013 sabtu

ANASSUIB



A ntara sahabat dan teman
N amamu terukir
A tas ikrar dan janji
S ebutan kata isi dan kulit
S epanjang nyawa dikandung badan
U ntung dan rugi
I nilah dia persahabatan
B iarpun apa jua yang menghalang

B  anjaran kasih ini
I ndah terhias dipuput bayu
N ilainya tiada tara

S atu kata sudah cukup menggambarkan
A langkah berserinya
P ersahabatan ini teman
I nspirasi jiwa yang hidup
L uka disembuh bersama
I ndahnya mengenalimu

      “ANASSUIB”

Nukilan
KAUS
2/2/2013 sabtu