Followers

Thursday 3 December 2015

Istiadat Konvokesyen UPSI ke-17

ASSALAMUALAIKUM 

Akhirnya, empat tahun mengerah keringat membuahkan kejayaan apabila tepat tanggal 26/11/2015 aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian di Dewan Besar UPSI. Cukup manis jika dihitung kenangan-kenangan yang telah aku pahat pada tanah Suluh Budiman. Hati ini pasti sayu apabila terkenang setiap memoir di sana. Pasti detik pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-17 ini antara kenangan yang cukup bahagia buat mak aku, Puan Rubiah bt. Hj. Ariffin. Paling membahagiakan apabila aku berpeluang naik ke atas pentas untuk tujuh minit bagi mewakili para graduan untuk membuat ucapan sebelum kami semua diishtiharkan sebagai alumni Suluh Budiman. Alhamdulillah juga, aku diminta dan diberikan kebenaran untuk mendeklamasikan sajak buat kali terakhir pada hari yang cukup bersejarah itu. Mendengar tepukan dan sokongan daripada hadirin dan hadirat di dalam dewan adalah kenikmatan yang terbaik.

Untuk itu, aku kongsikan beberapa gambar yang aku fikir paling terbaik. 


Inilah dia insan yang cukup sabar membesarkan aku dan adik beradik. Raut wajahnya yang serius adalah siapa aku pada hari ini. Hasratku untuk bergambar dengannya dengan memakai jubah yang cukup dihormati ini akhirnya terlaksana. Terima kasih Mak. Terima kasih Shally bagi pinjam jubah.



Dua gambar diatas adalah bukti betapa indahnya mencapai kejayaan ini. Terima kasih pihak Catalia Creative sebab 'snap' gambar yang cantik ini. 

GAMBAR-GAMBAR PRAGRADUASI

Kononkan nak "rare" sangat, maka tercetuslah gambar-gambar ini. 


Ini curi idea orang saja. Walaupun ramai juga puak yang tidak berpuas hati gambar sebegini tapi percayalah hormat itu subjektif. Inilah tempat yang 'rare' di UPSI iaitu dalam bangunan Suluh Budiman. (photog: Idris)


sebenarnya tak plan pun nak bergambar dengan lembu ini tapi tiba-tiba lembu ni datang offer diri untuk dijadikan prop. Jadi terhasillah gambar ini. (photog: Akmal)



Melompat dengan penuh gaya. Inilah lompatan kemenangan. (photog: Idris)




Dua gambar di atas adalah gambar pragraduasi bersama-sama insan yang paling aku sayang di UPSI. Merekalah yang akan sentiasa memberi sokongan, membahagiakan dan sentiasa ada sepanjang berada di UPSI. Agak lewat mengenali mereka iaitu semasa semester 2 bukanlah ukuran untuk aku menjadi sebahagian daripada mereka. Pelbagai bangsa, negeri dan agama adalah kepelbagaian yang entah bagaimana bertaut dalam satu frasa iaitu persahabatan kita. Semoga kita semua memperoleh kejayaan.




Acah-acah 'catwalk' di tengah hutan sebelah rumah Akmal. walaupun DSLR ku dah agak nyanyuk tapi masih mempu dapat gambar yang cantik ini. (Photog: Akmal)


Terima kasih cikgu. Inilah cikgu-cikgu aku yang spoting semuanya. Ungkapan terima kasih kerana sentiasa mengingati mereka membuatkan rasa syahdu menyinggah ke lubuk hati. Apapun doaku semoga hidup kalian diberkati dan jasa-jasa kalian akan menjadi penolong di akhirat kelak. Aamiin


Lambungan topi merupakan terjemahan kepada berakhirnya episod kegigihan menuntut ilmu sebelum episod baharu dimulakan. (Photog: Idris)


Aikkk, sempat juga gambar aku di "snap" dalam kaca tv ni. (Photog: Abg Din)



(Photo: Ema)


(Photo: Asnawi)

Inilah keluarga besarku di UPSI. Geng-geng AT05 ISMP BM. Bermacam-macam perkara dihadapi bersama. Masing-masing punya kelebihan yang tersendiri.


                                                      (Photo: Shah)

Sempat juga bergambar bersama dua insan hebat ini. Selain itu, berpeluang juga berarak bersama-sama keluar dewan selepas Istiadat konvokesyen ditangguhkan. Menjadi VIP utk seketika adalah keseronokan yang teramat sangat. Terima Kasih Dato' TNC dan Dr. Dahlia Janan atas semua jasa kalian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,


Inilah sedikit gambar ketika aku menjadi wakil untuk berucap dalam dewan yang cukup gah. Walau apapun komen orang tentang ucapan ku ini, aku tetap begitu kerdil untuk menjadi wakil mereka semua. Terima kasih Allah kerana menentukan dan memilih aku untuk berada di atas pentas ini pada ketika ini. Terima kasih Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas ( Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi) atas ihsan gambar ini.


Inilah dewan yang menjadi saksi. Dewan Besar UPSI. 






Akhir sekali, terima kasih buat keluargaku yang bersusah payah untuk datang bagi meraikan hari yang sangat bersejarah ini. Terima kasih. (photo: Abg Fadzil)

Kalau diikutkan, banyak lagi gambar-gambar menarik tapi cukuplah ini sahaja. Penat juga menaip. hahaha. Alhamdulillah, semoga perjalanan dalam dunia ilmu ini tidak akan terhenti sampai disini sahaja. 

Terima kasih kerana sudi singgah.