Followers

Monday 25 March 2013

Al-Fatihah




Pergi mu tiada ganti,

xsangka, orang yang pernah dok melawak dengan aku. Orang yg sering menegur aku. telah dijemput Illahi terlebih awal. Kau pergi dulu teman, Al-fatihah buat saudara Muzaime/mi/popo. Semoga beliau ditempatkan dengan orang-oarang yang beriman.

setelah pergi mu sahabat... aku sering bertanya, adakah aku juga disayangi oleh kawan2 seperti mu, ramai yg memuji kebaikan mu, ramai yg mengunkit teguran mu, ramai yang tak henti2 berdoa kpd mu... maafkan aku teman-teman.





Wednesday 20 March 2013

Sajak kawan


KAWAN ITU AWAN
Awan-awan bergumpal
menanti turunnya hujan
setelah diluah segala rasa

halus sungguh watakmu awan
mencorak kehidupan
lestari indah kemanisan
sebuah persahabatan

aku kagum dengan muawan
hari ini kau mengambil
esok kau memberi
kau tidak pernah lupa
ihsan hujanmu
terindah
mendamaikan

Mulia sungguh peribadimu awan
dalam kumelangkah
bahang mentari menikam
kau datang menjadi mendung
kau tepis bahang membakar
kau lindungi
kau sayangi
kau hargai
air mata persahabatan

putih sungguh jiwamu awan
kaupesankan
bahaya mendatang
ribut taufan menerkam
biar dirimu deras dihembus bayu
kaukorbankan atas nama persahabatan

kau akan datang dengan diri yang baru
walaupun kau pernah menangis
mendung terhiris terluka
atas nama persahabatan
kau bahagiakan
insan yang rindukan dirimu.

Nukilan
KAUs
18/3/2013 – isnin
Perpustakan Tuanku Bainun, UPSI.

Monday 11 March 2013

Memoir of Sungai Dara



mencari sungai dara yang jelas kedaraannya itu, membuatkan kami tak jumpa. last2 lajak ke sungai bil. hujan mencurah membuatkan kami hanya mampu menyelam dua atau tiga kali shj ke dasar sungai bil, sejuk mencengkam ke tengah tulang. selepas selesai mandi, kami tekad untuk mencari sungai dara. dan akhirnya jumpa tetapi sayang, sungai dara sedang mengganas disebabkan hujan yang turun. balik la apa lagi... sampai ja ke UPSI, teringin nak berkayak dan terus ke Tasik belakang Dewan Besar UPSI.. best jgk berakayak.. yang lucunya, ada sorg tu terkial2 naik kayak.. hehehhe... bila dah penat, kamipun balik... time start moto, salah satu moto tak idup... hmmmmmmmmmmmm,, mcm2 cara jgk la dok try, tapi terpaksa jugak tolak sampai ke kolej... pengalaman untuk petang yang sangat indah. 


ni orang panggil dia Bell.. huhhuhu.. dia yang paling lucu. hahaha
 .



antara lain yang join adalah Fad n Kay... dorg tiga orang ini adalah kepimpinan Majlis Pewakilan pelajar UPSI.. huhuhu.. tapi sgt sporting.

                                                                                                                            Yang Benar
                                                                                                                            KAUs

Tuesday 5 March 2013

Ibu Itu bersedih lagi


~~~~ Masih aku rindu dengan sajak yang cukup bermakna ini... sering kali aku deklamasikan sajak ini di beberapa tempat dan program. Tidak kurang juga, aku telah menjadi johan dalam pertandingan deklamasi puisi dengan menggunakan sajak ini antaranya pada Karnival antidadah KHAR, hari keusahawanan Kolej Za'ba dan pengurusan ko. Manakala video yang aku kongsikan ini adalah Karnival Hari Terbuka Kolej Za'ba. Aku tidak mendapat sebarang no.. Maka tidak hairanlah, sajak ini seumpama tradmark untuk aku yang tidak berapa popular ini. hehehhee...

~~~~Di sini aku kongsikan karya aku ini. 


Ibu  itu bersedih lagi
melihat satu persatu anaknya
mati di cincang dadah hina
dikapani jaluran dosa tidak terhitung
melintangi kiblat hidup yang sementara
Allah………..

teganya anak kau bohongi ibu itu
kau tabur janji pada fitrahmu yang suci

tiada lagi cahaya gelap itu mnunggumu
panas mentari mungkin biasa oleh itu kau rela sengsara

ibu itu bersedih lagi
Melihat mata-mata putih anaknya bertukar hitam
hangus dibakar dek kesengsaraan hidup yang fana
ibu itu pernah berpesan
Kaulah amanah menjunjung amanah
jajahan dadah  menakluki setiap titik tanah hatimu
darah-darah mengalir bertukar bisa
Yang akhirnya
Yang akhirnya
sendi hitam mula menikam
memakan rantaian falsafah yang ada

Apa makna kemerdekaan itu
Andai kau tidak sayangkan ibu ini
Dia tak pernah rela anaknya menjadi penagih pil extasy
dia tidak pernah rela anaknya menjdi pengedar ganja
dia tidak pernah rela anak-anaknya dijajah pautan duri berbisa

Bukan khayalan kita menjunjung langit
Amanah terpahat pada dasar sudut lahiriah insan
Bukan khayalan kita memijak bumi
Pada kaki tergalas berguni impian
Bukan Khayalan kita masuk kekandang ini
Ditarik ke barat tunduk jua pada durjana
Bukan lalang liuk lintuk ditiup angin
Tergoda jua pada hasutan yang laknat
Terbunuh jua si sarjana bijaksana

Kita bukan bangsa yang lemah
Kita dilahirkan di pertiwi bertuah
Punya harga diri
Makna tiada terperi

Hidup ini perlu berpaut pada tiang pertama
Gagah kukuh bersatu sesama
Bukan pincang dicincang nafsu
Tapi bijak dicatur ilmu

Pada si kaduk
Berfikir sebelum bertindak
Kerna kau pegang kau junjung
pawai  Kehendak
Pertiwi yang  berdaulat

Esok kita lihat bagaimana
Mungkin mentari ini akan lebih cemerlang
Atau terus di tapak pembenaman

(hak cipta terpelihara, nk copy bagitau dulu)
Nukilan
KAUs
22/11/2011
KHAR, UPSI,

Secebis rasa buat Negeri Di Bawah Bayu

Bertiuplah bayu sekencang

 menggoncang,


Hembuslah bayu bawalah debu,


Mendesirlah bayu membingit

 menghangit,


Agar daulatmu tak tempang, tumbang

 ke

 lubang.


~Pray4NegeriDibawahBayu

                                               
                                                   
Ikhlas 
                                                                                                        KAUs

Sunday 3 March 2013

UPSI tetap di HATI



ini adalah logo dua kolej (penginapan pelajar ) terbaik yang terdapat di UPSI. 



kami semua sayangkan Ibu Kandung Suluh Budiman