Followers

Thursday 21 November 2013

Kulihat Enggang Di Pintu Timur

Assalamualaikum



Alhamdulillah, masih juga aku dapat melihat ciptaan Allah S.W.T yang sungguh indah ini. Siapa percaya, masih terdapat beberapa ekor burung enggang yang terbang rendah di dahan-dahan pokok di sekitar kampus lama UPSI. kalau di tempat aku, memang susah nak nampak secara dekat sebab burung ni terbang tinggi dan hidup di bukit yang di beri nama Bukit Enggang.

Melihat enggang ini membuatkan aku terpana sedikit rasa sayu. Rasa sayu ini menerjah dalam. Seolah-oleh mengirimkan sedikit rasa siksa mereka terhadapku. Begitu payah mereka hinggap dari dahan ke dahan. Terdengar sahaja kenderaan lalu  akan bergeraklah mereka ke dahan yang lainnya.

Aku cuba monolog, apakah habitat mereka masih selamat ataupun sudah punah dicakar jari ganas merodok bumi hingga menyebabkan mereka terpaksa menumpang di misai hijau Ibu Kandung Suluh Budiman ini. Begitu payah untuk mengerti. Hanya mereka dan tuhan sahaja mengerti. Walau segagah mana pun mereka terbang, mereka tetap dihimpit gangguan manusia durjana mengaku penghuni dunia. Sayu dan kaku mengiringi.

Kalau mereka punya suara yang bisa melontarkan kata, nescaya mereka akan menjerit memaki hamun manusia yang tak punya rasa. Manusia yang gila. Manusia yang tamak haloba. Mereka pasti menangis memikirkan nasib anak cucu yang tidak terbela. Mereka pasti bersiap sedia dikuburkan oleh kita yang mengharap kalungan bunga.

Matanya ada air. Ya aku tak nampak. tapi kepayahan mereka itu membuktikan. Apakah air mata mereka langsung tak ada harga??????????????

Aku nampak mereka terbang berpasangan. Apakah cinta mereka masih manis ??? setelah manusia meragutnya??? Adakah mereka sanggup hidup membenihkan zuriat lagi sesudah tahu akan dibunuh manusia???

Aku gelarkan mereka itu mereka kerana mereka lebih layak digelar mereka berbanding kita yang terleka

cintai bumi hadiah Illahi.



Sunday 17 November 2013

Pena Matlob



Dilakar jua lanskap indah
Hening selubungi subuh hati
Walau syahdunya makin pudar
Ditelan kebodohan tahta memaksa

Matlob 
jiwanya semboyan memugar jati bangsa
Walau perih memagar
Walau sakit menepis
Walau tahta menggila
Pena itu terus melakar Alif, Ba, Ta

Alif, Ba, Ta titiknya
Bermula dalam kelam kosong hampa
Baja kautabur
Tumbuhkan pepohon warisan 
pucuknya cucuk awan dengki mendung 
Akarnya cecah bebal tidak sedar diri
Helai daunnya menghijau tamak celak di mata

Setitik ilmumu dilautan 
kau siram hati bangsa seluruhnya
Kau basuh duka melarat hingga terbebat kental
Kau urut belikat kejang yang terhimpit angin kotor

Jawi masih ada
Kerna masih ada Matlob
Melingkari udara yang terhela
Masih Ada insan yang tertadah limpah ilmumu pinjam dari tuhan

Bahgialah kau di sana,
kerna sudah kau tinggalkan wasiat buat bangsa
Wasiat ilmu yang tidak akan padam
Walau terjirus nanah hina
Pena matlob akan terus melakar Alif Ba Ta
Jawi akan terus membugar
Mewarnai sarwajagat

(Al-fatihah buat Pak Matlob)

Nukilan

KAUs
18/11/2013

KHAR

(ini sebenarnya tugasan kelas Prosa - Puisi dedikasi khas buat Pak Matlob)

Palestina dan Kita berbeza


Cuaca pernah bicara mendung dalam kolam matanya
Titis-titis yang bening  kering
Diulik tanduk rakus si celupar
Jijik hina
Merabak maruah tiggal cebisan kotor yang ditertawa.

desa mereka semakin hambar
mentari yg bersinar kini terus lenyap dibakar cahayanya
garis-garis toresan duri
tertulis pada wajah
meragut maruahnya hingga londeh kesejukan

Mereka terus tinggal mereka
Dalam benak isi suka
Meski datang jua duka
Duka sembelih sejenak bangsa
Duka mengguris jiwa negara
Duka merundung air mata Palestina

Kita dan mereka tidak sama
Segalanya tidak sama
Meski darah merah mengalir pun berbeza
Kerana mereka rela berjuang
Buat agama bangsa dan negara
Kita pengecut
Kita Cuma mampu memilih
Antara kecintaan dalam doa
Dan kiriman sejambak bunga

juga tundukan hormat yang hina

Menangis sendu tanpa nada
Atas garis masa
kita cuma bawah redup
rimbunan pohon insan mekar
dalam samar atur gasak
Aduh
Mulut mereka dijahit oleh kita yang bebal
Tangan mereka dijahit oleh kita yang bebal

siapakah penghuni bumi sekangkang kera
memijak pemilik asal dunia
siapakah pemilik tanah sepetak sawah
banjir bermusim tenggelam dibajak noda

merekah pemilik bumi Palestina
Biar digasak jentera
Biar diacu senjata
Biar dihiris penuh cela
Puncak Cuma Satu
Mardhatillah
Jihad fisabilillah

Allahu akbar

nukilan
KAUs
18/11/2013

Aku yang dulu dan sekarang

Masih lagi aku ingt semasa semester 1,

aku join satu sayembara mendeklamasikan sajak yg dianjurkan di UPSI... aku ternampak iklan di depan pintu Timur n aku call terus no yg ada kt Iklan... paertandingan deklamasi sajak SPRM peringkat UPSI... Aku masuk bukanlah sebab aku hebat. aku masuk bukanlah sebab aku pernah wakil ke kebangsaan atau ke negeri atau ke peringkat daerah. Aku masuk cuma nak belajar. Aku masuk cuma nk timba pengalaman...

selepas call n aku naik bas.. lepas tu aku terus fikir utk buat sajak... dan lahirlah sajak "SI BAJU MELAYU". aku buat sajak bukanlah sebab aku hebat atau pernah antar sajak ke majalah, akhbar atau pernah sajak aku terselit dalam mna-mana antologi puisi... aku buat cuma nak belajar. Aku buat cuma nak hasilkan sajak sendiri.

HAri pertandingan aku cukup berdebar sebab aku baru sem 1... dan aku sorg saja sem 1.. yang lain semua sem 3 dan ke atas. Apa yg paling mengujakan aku telah menjadi Johan. Aku akui aku masih lemah dan tak hebat> Sebab tu aku selalu join pertandingan sajak atau ikut apa jua jemputan utk aku bersajak walaupun tak berbayar. Apa yg penting, aku belajar daripada setiap pertandingan dan persembahan yang aku sertai.

Alhamdulillah juga, sudah 4 kali aku mewakili UPSI dan impianku masih belum aku anggap berjaya kerana belum pernah menang... dan di peringkat UPSI, 6 atau tujuh kali aku menjadi johan. Alhamdulillah.... Alhamdulillah juga sajak ciptaanku masih ku simpan. Dan Alhamdulillah, aku masih dijemput untuk bersajak.

AKU CERITAKAN SEMUA INI BUKAN UNTUK BERBANGGA ATAU APA.. AKU CUMA KECEWA DENGAN ORANG-ORANG YANG TIDAK INGIN MEREBUT PELUANG... ALASANNYA CUMA MASA DAN TUGASAN...

~ siapa kita pada hari ini bukan bermula hari ini. tapi dari hari sebelumnya. Orang yg hebat pada semester 8 kerana dia bermula dari semester 1.

sekian
salam sayang

Sunday 10 November 2013

Langkah Lestari - A. Samad Said.

LANGKAH LESTARI

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya. 
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

http://www.youtube.com/watch?v=Jtz63W-HMH0

Tuesday 5 November 2013

Sajak Dirgahayu Bahasaku - Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsakus
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetapkukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

Sunday 3 November 2013

Penangan PRK UPSI. pandangan mata kasar

Assalamualaikum. 

Dikesempatan ini aku cuma nak berkongsi sedikit perkara yang berlaku semenjak dua menjak menjelang pilihanraya kampus UPSI ni... TARIKH BILA?????????????? sebenarnya aku pun tak tahu bila sebenarnya tarikh yang sebenarnya.. ura-ura mengatakan dalam bulan Novermber ini juga. tapi tak kisah la bila pun, yang penting mahasiswa diberi ruang masa untuk menentukan calon yang layak menjadi peneraju Majlis Pewakilan Pelajar (MPP).

Hurmmmmmmm....
Perkara pertama yang aku paling nampak, terdapat bnyk usaha
yang dilakukan pihak tertentu dalam usaha memenangi hati pengundi untuk memilih mereka pada pilihanraya kali ini. Gerakan-gerakan ini telah bergerak secara menyeluruh. huhuhuhu.. kononnya menjaga kebajikan mahasiswa la kan... huhu,, xnak gelak tapi agak lucu.

Selain itu, sekarang ni adalah masa untuk mengenal pasti calon-calon yang layak untuk mewakili parti-parti yang terlibat. Justeru, adalah puak2 yang wujud yang kononnya mewakili parti2 tertentu untuk menawarkan peluang kpd calon yang dikira layak... tapi bila ditanya, kenapa korang ja tak bertanding??? jawapannya mudah, kami cuma mencari orang... aikkkkkkkkkk, perasan hebat ke kau ni??? hahaa.. xdalah.. sebenarnya niat dorang ni bersih lagi suci.

Sekarang ni juga wujud individu-individu yang melobi untuk dinaikkan sebagai calon. hahahhaa... nak tahu??????????? cer tengok kt notification tu!!! kan penuh orang dok post2 yang mcm dah jadi Perdana Menteri....????????? hahaha... soalan sentap ni mungkin ditujukan kepada aku tapi aku dah mmg macam ni semenjak aku dan facebook bertentang mata lalu jatuh cinta. huhuhu... kuang2. 

Perkara lain yang mmg tak pernah kering daripada bahang pilhanrya ni adalah sikap suka mengeji, menghina dan memfitnah kpd pihak lawan. Kebanyakan pihak merasakan mereka sahaja yang betul. tak percaya cuba like page fb atau follow blog dan twitter parti atau individu2 yang ternyata taksub dangan dokma mereka. jelas di situ... aku pun tak tahu nak kata apa... 

sekian ni sahajalah... ada masa update lagi.

KAUs

Friday 1 November 2013

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin baharu buat abangku Osman bin Usof. Beliau merupakan anak keenam dalam keluarga aku. Aku anak yang ketujuh. jengjengjeng... hahahhaa... apapun semoga kekal hingga ke akhir hayat. Aamiin

nah menyanyi ni... lagu Selamat Pengantin Baru.

Selamat pengantin baru. 
Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan. 
Semoga berkekalan. 
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman

Hidup mestilah rukun. 
Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu. 
Oh oh oh oh..


Kaunter : Bila Nak Kawin 1.



Masih jauh untuk aku berbicara tentang jodoh. waaaaaaaaaaaaaaaaaa......... hahaha... tapi siapalah kita untuk menduga ilmu Allah S.W.T yang jauh lebih luas tidak terbatas langit dan bumi. Allah lebih tahu bila akan tiba jodoh kita. Jodoh Allah yang tentukan. huhhhhhhhhhhhhhhhh... entry ni bukan saja2 aku tulis tapi runsing memikirkan satu perkara....... ya sudah pastinya JODOH......... hahaha

Mungkin anda semua tahu atau pun tidak, aku mempunyai sembilan adik beradik. yang sudah berkahwin 6 orang dan sorg lagi InsyaAllah akan disatukan tahun hadapan. tak lama dah tu. Yang tinggal cuma aku dan adik bongsuku......... walaweeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhh...

Sudah pastinya selepas ni aku dah kena buka kaunter pertanyaan bila nak kahwin. Umur pun dah 22 tahun. hurmmmmmmm... tapi mak aku yang tolong jawab rasanya... "tunggu la dah kerja nanti". hahahaha... anak mak la katakan..

Apapun aku cuma berserah. Siapapun jodoh aku kalau sudah ditentukan Illahi aku terima. 

aku malas nk tulis panjang2... selebihnya ke entry seterusnya.