Followers

Sunday 20 October 2013

Insan Hebat Bernama Habiburrahman El Shirazy

Berpeluang unttuk berjumpa dengan seorang novelis yang cukup hebat sangat-sangat diimpi-impikan. Beliau merupakan novelis no. 1 Indonesia yang sedang melanjutkan pelajarannya  peringkat master di UPSI. sememangnya insan yang berwajah manis ini memiliki pesonaliti yang patut dicontohi. Walaupun beliau merupakan seorang selebriti namun kerendahan hatinya membuatkan beliau senang didekati.

Bercita-cita
InsyaAllah suatu hari nanti aku bercita-cita untuk menjadi sehebat insan ini. walaupun aku tidak kenal secara dekat. namun insan ini mampu melahirkan rasa kagumku. Semestinya ilmunya tinggi berpaksikan agama Allah yang satu.

Harap suatu hari nanti, ingin sekali lagi bertemu dengan insan hebat ini.

Semoga penulis Novel Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi karyanya ini dapat meneruskan usahanya dalam memperjuangkan nilai estetika dalam bidang kesusasteraan ini, Harap aku juga menjadi sepertinya.


gambar tak berapa ok... tapi ok la kan? huhuhu... tq Faez 


sisi lain gambar insan ini.


Saturday 19 October 2013

Ideanya cuma JUDUL

Assalamualaikum
huhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
aikkkkk.. ngeluh panjang nampak??? mana taknya. lama sudah tak menghasilkan sajak... ideanya cuma tajuk sahaja. hahahahha... ketawa sendiri la nampaknya...

bebanan kerja membuatkan aku tidak dapat fokus untuk menghasilkan sajak ketika ini... aiiiiiikkkk, cakap nak jadi sasterawan??? nak jadi sasterawan mesti lah sentiasa menulis... huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... 

judul sajak memang sudah banyak tersimpan dihelaian microsoft office word ni... hurmmm... bila agaknya nak siap. betul kata orang, nak menulis memang bergantung pada mood. kalau mood tenang memang mudah kalau hendak menulis. tapi kalau dah serabut dgn segala bebanan ni memang tidak mampulah nak selesaikan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir ni. kan?????

 apapun, semoga segala kekusutan kembali terlerai. Aamiin.

Si baju Melayu

Tika denai ini kita susuli
Berbagai ranjau onak berliku
Dicipta dek keserakahan manusiawi

Begitu Banyak insan tertindas
 Atas alasan memikul tugas
Terlenakah kita bila tangisan menghingar?
Membadakkah kita bila laungan simpati membadai?

 Mengapa bunga yang terbaik ini bisa busuk
 Bila tamak mencelak mata? Mana kotak akalmu?

Mana Hang Tuahmu?
Mengapa Jebat itu dibangunkan?
Hingga rusuk telagah rusuk
Hingga kepala membenam kaki

 Bangunlah si baju melayu
Penuh suci menjunjung titah Illahi
Penuh bangga di pertiwi jaya ini
Penuh bergaya menghunus keris terbilang
Atas nama si baju melayu

 Sedarkah kita bahawa kita membuntal
Sedangkan ranting dipijak condong nk patah ke bumi
Janganlah begitu
Berbudilah kita sesama
Membina impian
Membina harapan
Wawasan terbilang 

Berkata kita pada tugu merdeka
ingin setia sepanjang usia
Tapi, bila mata digelapkan Oleh wangian duniawi
mengapa kita bisa ditiup angin

 Terbinakah empayar keagungan bangsa,
Jika kita mengangguk sahaja?
Teguhkah pasak jati diri nusa,
Andai janji tidak dikota?
Tegakkah panji keamanan negara,
Jika diri diperhamba nafsu durjana?

 Hari ini juga
Angkara rasuah
Klcc bakal runtuh
Putrajaya yang dibangga bakal roboh
Menjejak langkah empayar Melaka yang rapuh.

 Ahhhhhhhhhhhhh…
Katakan tidak kepada rasuah durjana ini
Rasuah ini membunuh Negara
Rasuah ini membakar si baju melayu

 Bangun…Bangun…Bangun…
Jangan dibiar ternoda rasuah
Jangan dikotori bisikan iblis terlaknat
Jangan dihancuri oleh runtuhan tembok tamadun palsu yang dibina

 Ingatlah si baju melayu
Pakaian mu itu malu
Pakaianmu itu agamamu
Pakaianmu itu Melayu

 Hasil nukilan 
KAUs (Khairul Azhar Usof) 

 p/s : Sajak Pertama di UPSI.. Johan Sajak SPRM UPSI sem 1.

Friday 11 October 2013

Hantu Cik Bedah / Sweet Ten Ten / UPSI STORIES




nk share fakta angker sket hahaha


-tarikh misteri kat upsi x silap ak pada 10 oktober
-dulu dak2 tinggal kolej2 kat kampus semua dibenarkan balik, sbb malam 2 bnyk bnda berkeliaran.. (xpelik kea nape kolej kdiaman xde kat kampus n rumah2 dkt ngan pintu blakang 2 tiada penghuni skarang)
-"kalau nak nampak antu tu pada tarikh 10 oktober tu, pada waktu tengah malam cuba tengok bawah celah kangkang tengok bumbung bangunan suluh budiman tu, akan nampakla..... " (copy dari salah satu forumm... x taw betol ke tak..)
-"kes budak nie bunuh diri sebab kecewa dgn pakwe dia yang hamilkan dia..dia terjun dari bangunan....tak leh bagi tau...bagunan tu stil ader..bilik pompuan tu pun masih ader...dulu tu bangunan asrama..now dah tak der asrama dalam kampus utama...anak dia plak dia letak kat loker...mati gak...setiap kali 10.10 roh dia akan merayau cari pensyarah yang hamilkan dia tu...semo lecturer disuruh tuk kosongkan bangunan canselori b4 maghrib (agaknya)..." (copy kat salah satu forum dlm iluvislam)
-tmpt2 yg dikatakan byk berlaku TU, fakulti bhasa,TS(bnyk kuliah kat c2 2...),pusat ICT, bgnan suluh budiman...

hehe saje nk share sket2.. sbb da masuk bulan oktober nie haha.. kalau nk jalan sorang2 kat kampus 2 hati2 yea..


p/s: tepuk dada, tanya iman 
credit: Himpunan Cerita2 Seram Universiti

n page Unit Aduan Pelajar UPSI - Private 

Monday 7 October 2013

Sajak Patriotik : DEKLARASI KEMERDEKAAN


ini bukan medan insani leka merawat cinta
ini adalah sanggar saujana taman maruah
hamparan penuh ujian maha getir
menebus kesilapan dan menggilap peribadi
dalam keikhlasan nurani penuh seluruh
menyelak album diri dalam tafakur yang jauh
dari garisan cakerawala yang indah
dan melakar rindu iltizam perwatakan sejarah

musibah apakah yang meledak bumi jadi sengketa
hingga cermin kehidupan pecah berderai
seluruh jiwa tersula menahan pedih derita
dan leher bangsa terkelar pedih
kita terusir jauh bagai murba tak bermaruah
sembunyi di rimba diri terketar di gua masalah
hingga bertebaran bagai batu melata

tanyakan pada hati: adakah takut mati?
tanyakan pada jiwa: arah manakah distinasi?
tanyakan pada akal: adakah cuma bertawakkal?
tanyakan pada bangsa: akan merdekakah kita?

kita pasti merdeka! ujar lelaki perkasa
lelaki perkasa tak rela kehilangan bangsa
lelaki perkasa tak rela agama dipersenda
lelaki perkasa tak rela jadi budak hamba
lelaki perkasa tak rela bertuan bangsat tercela
lelaki perkasa rela kehilangan arca dan cinta
lelaki perkasa rela kehilangan ladang dan bendang
lelaki perkasa rela kehilangan kasih dan sayang

demi kemakmuran daerah tercinta
lelaki perkasa rela menelan pasir kata
dalam tuduh derhaka!

peti hayat derita yang terkuci sekian lama
akhirnya terbuka: bergema laungan merdeka
merdeka! merdeka! merdeka!
tapi sudah merdekakah kita dengan hanya
pekik raung penuh tegar dalam pengertian entah apa-apa
tanpa rasa pengisian makna yang diuji pada janji
seperti di petak-petak silangkata terbiar oleh akal yang cela
di kesempatan ini sebelum memuncak kesibukan
aturkan buahfikir dalam nafas kesabaran
rajutkan tali ingat ~ muhasabah diri mengisi nirmala cita
dalam tulus mengikut logik akal di antara puncak kelam
dan menegak songsang wujudkan istiqamah dalam iktikad diri
agar jaring keliru menutup ruang terserlah indah
ruang-ruang kosong penuh kegelapan ini akan kembali ceria
disaluti mutiara indah cahaya!

ONN ABDULLAH
Antologi Jamung Merdeka

2005

Sajak Patriotik : KE RUANG KATARSIS

Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar
apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata
poyang moyang yang tumpah ke cangkir resah

resah menggeliat ke tanah
resah menggeliat ke rimba
resah memulas ke tulang bangsa.

Barangkali kitalah penanam padi-padi hampa
membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik
malinja dan mahsuri di bendang galauan
hinggap gugup mengatur genta pertama

gugup lahir di mata kita
gugup lahir di suara kita
gugup membiak di mana-mana.

Kita tidak agi pernah bertanya kepada manusia
harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi
manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan
yang ligat memetik kecapi keluhuran
kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa

album bangsa pernah menyimpan sejuta potret luka
luka berpinar ke nyali jagat
luka berputar ke rohaniah umat
luka menyentak haluan kiblat.

Esok kita bakal menggali tanah
dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri
ke manakah bangkai dosa akan dikirim
ke kali tujuh penjuru gunung
atau ke laut tujuh penjuru tanjung
sedang kita pernah menari ala canggung maharisi
di kaki bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan
melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa?

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak sempat ditalkinkan
pada saat pertama lolong angin tenggara memintal duka bersama
pekik kita nanti cuma darah-darah yang tidak sempat dikebumikan
pada saat pertama raung hujan selatan
menganyam gugup yang bergantungan di dada.

Mari kita lagukan canggung katarsis
arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang

muzik kita nanti bukan lagi tabuh sayap merpalang. Ayunkan roh anak ke pintu hakiki dodoikan nyali anak ke perabung maknawi temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi dan selimut iman dari Tuhan.

 Zaen Kasturi

Malam Tautan Kasih PERBAYU UPSI

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih sempat untukku merasakan Malam Tautan Kasih (MTK) ini buat kali ketiga, mungkin juga ini kali terakhir untuk aku merasai saat ini... sedih pula bila mengenangkan perjalananku di sini makin menuju akhirnya. hurmmmmmmmmmmm

Alhamdulillah juga, MTK ini dikelola oleh adik-adik semester tiga yang sememangnya mempunyai komited yang tinggi dalam melaksanakan tugas. Mana taknya, semua pelajar bahasa Melayu untuk batch dorang suma bayar. huhhhhh, dalam fikiran aku bila dinyatakan hal ni sudah semestinya ni adalah MTK yang grand. Penyertaan teramai.

"Colour Blocking" aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk,,, owhhhhhh, ni la tema untuk malam MTK tuuu... tak tahu??????


Colour Blocking lebih kurang macam bangunan di atas tu la...
 huhu... tu gambar Kolej Harun Aminurrashid,
 kediamanku sampai sekarang ni.

Tujuan aku menulis entry ini adalah sebenarnya untuk berkongsi gambar bagi menggambarkan kemeriahan Malam Tautan Kasih ini... nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

Geng2 Tari Bayu. Jatuh bangun aku bersama mereka.
dari kiri : Senah, Faradi, Rogayah, Umbrella, Jirin, Janun, Osman.


Tieyrah, Ainaa, Syazz.
dorang ni hebat jgk... menyanyi, dah layak buat album dah...


 Persembahan adik-adik sem 1. 



Antara yang layak dikatakan busana terbaik bagi pandangan mata aku






Gambar-gambar lain





Geng2 lelaki sem 5. semuanya 26 org.

Ahli Jawatankuasa PERBAYU bersama penasihat.



jadi model japp... jgn jeles


tangkap curi2

bersama junior sem 1... suruh buat gaya apa ntah.. hahah.

bersama rakan sekolah



sekian terima kasih