Followers

Saturday 19 October 2013

Si baju Melayu

Tika denai ini kita susuli
Berbagai ranjau onak berliku
Dicipta dek keserakahan manusiawi

Begitu Banyak insan tertindas
 Atas alasan memikul tugas
Terlenakah kita bila tangisan menghingar?
Membadakkah kita bila laungan simpati membadai?

 Mengapa bunga yang terbaik ini bisa busuk
 Bila tamak mencelak mata? Mana kotak akalmu?

Mana Hang Tuahmu?
Mengapa Jebat itu dibangunkan?
Hingga rusuk telagah rusuk
Hingga kepala membenam kaki

 Bangunlah si baju melayu
Penuh suci menjunjung titah Illahi
Penuh bangga di pertiwi jaya ini
Penuh bergaya menghunus keris terbilang
Atas nama si baju melayu

 Sedarkah kita bahawa kita membuntal
Sedangkan ranting dipijak condong nk patah ke bumi
Janganlah begitu
Berbudilah kita sesama
Membina impian
Membina harapan
Wawasan terbilang 

Berkata kita pada tugu merdeka
ingin setia sepanjang usia
Tapi, bila mata digelapkan Oleh wangian duniawi
mengapa kita bisa ditiup angin

 Terbinakah empayar keagungan bangsa,
Jika kita mengangguk sahaja?
Teguhkah pasak jati diri nusa,
Andai janji tidak dikota?
Tegakkah panji keamanan negara,
Jika diri diperhamba nafsu durjana?

 Hari ini juga
Angkara rasuah
Klcc bakal runtuh
Putrajaya yang dibangga bakal roboh
Menjejak langkah empayar Melaka yang rapuh.

 Ahhhhhhhhhhhhh…
Katakan tidak kepada rasuah durjana ini
Rasuah ini membunuh Negara
Rasuah ini membakar si baju melayu

 Bangun…Bangun…Bangun…
Jangan dibiar ternoda rasuah
Jangan dikotori bisikan iblis terlaknat
Jangan dihancuri oleh runtuhan tembok tamadun palsu yang dibina

 Ingatlah si baju melayu
Pakaian mu itu malu
Pakaianmu itu agamamu
Pakaianmu itu Melayu

 Hasil nukilan 
KAUs (Khairul Azhar Usof) 

 p/s : Sajak Pertama di UPSI.. Johan Sajak SPRM UPSI sem 1.

No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)