Followers

Tuesday 21 April 2020

Resipi Asam Pedas Melaka : Ayam yang Sedap




Asam Pedas Ayam Cara ig: DapoqKaus ya.
Sangat sedap. Tak tipu😋

Bahan-bahan
.
🍤Ayam/ daging/ikan
🍤Daun kesum
🍤 Bunga kantan
🍤 3 keping asam keping/ air asam jawa
🍤 Garam
🍤 Gula
🍤 Bahan kisar⤵️
➡️ 10 biji cili kering direbus (boleh kurangkan atau tambah)
➡️ 1 labu bawang besar/holland
➡️ Bawang putih
➡️ Halia
➡️ Lada hitam
➡️ Jintan manis
➡️ Biji ketumbar
➡️ Halba
➡️ Serai (saya guna sebatang)
➡️ Kunyit hidup

Cara-cara menyediakan asam pedas boleh ditonton di link di bawah. Jangan lupa subscribe ya. Banyak lagi resipi ada di sana.


https://youtu.be/cIjKqv87u_c

Saturday 30 December 2017

RESEPI KEK PISANG by CK

dah banyak kali guna resepi ni. tak pernah tak menjadi. guna pemanggang ajaib ja. haaa cangak lagi. jom la cuba.
BAHAN A (ayak semua) 
- tepung gandum 2 cawan
- serbuk penaik 1 st
- soda bikarbonat 1 st
BAHAN B (Kisar semua)
- 1 cawan minyak
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
BAHAN C (Lenyek halus)
- pisang berangan 4/5 biji
CARA_CARA
1- campurkan bahan A, B dan C dan gaul sekata. Boleh tambah chocolate chip atau apa2 la.
2- lumur butter pada pemanggang ajaib.
3- masukkan bahan kek kita tadi dan letak atas dapur. Api paling perlahan ya ibarat "hidup segan mati tak mahu" tu. Haha. Jgn kuat nanti hangit. Tutup tudung pemanggang.
4- Dalam 15-20 minit, pusingkan pemanggang. selepas pusing, Cuba buka periuk. Dh warna coklat tu OK. Sekarang tunggu 10-15 minit utk bg masak bhgian atas tadi. Dah cukup masa n pusing tgok klu dh warna coklat mcm bhgian bawah td dah OK. Cuba cucuk Pakai lidi tgok. Kalau tak melekat maknanya masak dh kek kita.
5- tunggu sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat Mencuba. Sila shareee





Saturday 27 May 2017

Kelas tercantik

Kolej Vokasional Kudat telah menganjurkan pertandingan keceriaan kelas 3K. Nak tak nak kena la uruskan. awal tengok kelas ni yaa ampun. meja kerusi goyang patah semua ada. Tingkap pun xada. adoi mcm mna ni. huhhhh... tapi berbekalkan minat aku dan pelajar, akhirnya sikit-sikit siap. cantik tak cantik tu tak nak komen , yang penting pelajar selesa. kaannn. klise. hahaha

nahhhh jom tengok. malas nak celoteh panjang
SEBELUM

































SEMASA


                                                              






                                                                      








                                                                         



Result dia nanti la.. 




Tuesday 17 January 2017

ASAM PEDAS IKAN KERISI Ck

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share resepi asam pedas. Malas nak celoteh panjang. Boleh la tengok sendiri dan selamat mencuba.

Bahan-bahan
1 - bawang besar 1 labu

2- serai 1 btg
3- halia 1 inci
4- kunyit hidup 2 inci
5- belacan 1 inci
6- biji ketumbar 1 sudu teh
7- jintan manis 1 sudu teh
8- bji cili kering 10-15 biji (nk pedas boleh tambah) 
9- ikan keris 5 ekor dipotong dua
10- bendi 7 biji dipotong dua.
11- air asam jawa 5 sudu@ asam keping 3 (nk masam lagi boleh tambah)
12- daun kesum 4-5 tangkai
13- minyak untuk menumis
14- garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1- kisar bahan-bahan 1 hingga 8. Jgn lupa masukkan air. Boleh tambah belacan 1 inci. Kalau nak la.
2- panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Elok minyak kita lebihkan, baru menarik. Huhu.
3- tumis bahan kisar dalam minyak yang sudah panas dan gaul.
4- perlahankan api, tutup kuali dan sesekali buka dan gaul. Tunggu sehingga bahan kisar pecah minyak atau naik bau.
5- apabila sudah pecah minyak, boleh masukkan air asam dan daun kesum. Tambah sedikit air kalau pekat sangat. Kuatkan sikit api.
6- boleh perasakan dengan garam dan gula. Ada org suka taruk last2. Mana2 lakan asal bahagia.
7- apabila mendidih, boleh masukkan ikan dan bendi. Dalam 8-10 minit dah boleh tutup api. Siap untuk dijamah.



Asam pedas CK

Wednesday 16 November 2016

Mi Goreng Mudah Nyum Nyum

Bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah berhasil juga hasrat untuk kongsikan resepi mi goreng simple ini. Fuhhhh bersawang puaka dah blog ni. Lama tak update. urmmm... Ok lah. tak mau dok merepek panjang-panjang. Sakit tekak pulak, tak berapa ada mood nak melawak. hahaha. dah, mai kita tengokkk.


BAHAN-BAHAN
- 1/2 Kg mi kuning
- 2 rumpun sawi (tak pasti apa penjodoh bilangan.. haha.)
- 2 cekak taugeh
- isi ayam (nak banyak manapun ikut suka)
- kicap lemak manis
- 2 biji telur (Tiada dalam gambar)
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN KISAR
- 1 cekak ikan bilis
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 8-10 biji cili kering

ok apabila dok sebut bahan-bahan guna kg, gram selalu yang baru nak jinak-jinak memasak ni mesti jadi pening. sebenarnya memasak ni pakai main agak ja. kalau susah sangat pi pasar raya beli penimbang yang murah tu. rasa dalam belas-belas ringgit ja. Ok dah. jom tengok cara-cara menggoreng pulak.

CARA-CARA


mula-mula sekali, kita tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 


Apabila sudah pecah minyak, kita masukkan ayam. Jangan lupa nak gaul pulak yer... 


Seterusnya apabila ayam kita sudah nampak hampir masak atau bertukar putih, kita boleh masukkan batang sawi ni. Asingkan siap-siang batang dengan daun. Sebab batang sawi ni makan masa sikit untuk empuk.


Dah kalau kering sangat, tambah air yerr... Bagi batang sawi ni dah layu, boleh la masukkan kicap.


ok ni langkah yang agak penting iaitu memasukkan kicap. Saya guna Habhal. Kenapa Habhal?. Entah... hahaha. saya tak memilih sangat tentang kicap ni. Kicap ni kita masukkan sehingga warna bahan-bahan dalam kuali tu dah cukup cantik, maknanya hitam-hitam manis gitu. 


Selepas rencah kita mendidih, dah boleh masukkan telur. Telur ni sebenarnya pilihan. Lepas masukkan telur, gaul  bagi telur tu hancur. Nanti makan mi ada tekstur telur yang kecik-kecik tu lagi menambahkan selera. Tak gitu Kak Senah? hahaha.


Seterusnya selepas telur tu dah berketul-ketul, boleh masukkan mi kita. Gaul la hingga sekata. Ni kalau nak mudah gaul, pakai tangan ja. hahaha. biaq melecur habis. gurau ja yer. Jangan buat pulak!!!




Akhir sekali, boleh masukkan daun sawi dan taugeh. Ada sesetengah orang dia suka sayur ni layu sikit-sikit saja. terpulang la. Yang penting layu. huhuhu... setelah layu, cuba gaul mi kita, kalau masa gaul nampak berasap keluar tu makna dah siap. huhuhu. Jangan tunggu asap berkepol-kepol pulak. haha. 



Taraaaa.. Dah siap. dah boleh makan dengan penuh nikmat.

KAUs 16/11/2016
SELAMAT MENCUBA

Thursday 3 December 2015

Istiadat Konvokesyen UPSI ke-17

ASSALAMUALAIKUM 

Akhirnya, empat tahun mengerah keringat membuahkan kejayaan apabila tepat tanggal 26/11/2015 aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian di Dewan Besar UPSI. Cukup manis jika dihitung kenangan-kenangan yang telah aku pahat pada tanah Suluh Budiman. Hati ini pasti sayu apabila terkenang setiap memoir di sana. Pasti detik pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-17 ini antara kenangan yang cukup bahagia buat mak aku, Puan Rubiah bt. Hj. Ariffin. Paling membahagiakan apabila aku berpeluang naik ke atas pentas untuk tujuh minit bagi mewakili para graduan untuk membuat ucapan sebelum kami semua diishtiharkan sebagai alumni Suluh Budiman. Alhamdulillah juga, aku diminta dan diberikan kebenaran untuk mendeklamasikan sajak buat kali terakhir pada hari yang cukup bersejarah itu. Mendengar tepukan dan sokongan daripada hadirin dan hadirat di dalam dewan adalah kenikmatan yang terbaik.

Untuk itu, aku kongsikan beberapa gambar yang aku fikir paling terbaik. 


Inilah dia insan yang cukup sabar membesarkan aku dan adik beradik. Raut wajahnya yang serius adalah siapa aku pada hari ini. Hasratku untuk bergambar dengannya dengan memakai jubah yang cukup dihormati ini akhirnya terlaksana. Terima kasih Mak. Terima kasih Shally bagi pinjam jubah.



Dua gambar diatas adalah bukti betapa indahnya mencapai kejayaan ini. Terima kasih pihak Catalia Creative sebab 'snap' gambar yang cantik ini. 

GAMBAR-GAMBAR PRAGRADUASI

Kononkan nak "rare" sangat, maka tercetuslah gambar-gambar ini. 


Ini curi idea orang saja. Walaupun ramai juga puak yang tidak berpuas hati gambar sebegini tapi percayalah hormat itu subjektif. Inilah tempat yang 'rare' di UPSI iaitu dalam bangunan Suluh Budiman. (photog: Idris)


sebenarnya tak plan pun nak bergambar dengan lembu ini tapi tiba-tiba lembu ni datang offer diri untuk dijadikan prop. Jadi terhasillah gambar ini. (photog: Akmal)



Melompat dengan penuh gaya. Inilah lompatan kemenangan. (photog: Idris)




Dua gambar di atas adalah gambar pragraduasi bersama-sama insan yang paling aku sayang di UPSI. Merekalah yang akan sentiasa memberi sokongan, membahagiakan dan sentiasa ada sepanjang berada di UPSI. Agak lewat mengenali mereka iaitu semasa semester 2 bukanlah ukuran untuk aku menjadi sebahagian daripada mereka. Pelbagai bangsa, negeri dan agama adalah kepelbagaian yang entah bagaimana bertaut dalam satu frasa iaitu persahabatan kita. Semoga kita semua memperoleh kejayaan.




Acah-acah 'catwalk' di tengah hutan sebelah rumah Akmal. walaupun DSLR ku dah agak nyanyuk tapi masih mempu dapat gambar yang cantik ini. (Photog: Akmal)


Terima kasih cikgu. Inilah cikgu-cikgu aku yang spoting semuanya. Ungkapan terima kasih kerana sentiasa mengingati mereka membuatkan rasa syahdu menyinggah ke lubuk hati. Apapun doaku semoga hidup kalian diberkati dan jasa-jasa kalian akan menjadi penolong di akhirat kelak. Aamiin


Lambungan topi merupakan terjemahan kepada berakhirnya episod kegigihan menuntut ilmu sebelum episod baharu dimulakan. (Photog: Idris)


Aikkk, sempat juga gambar aku di "snap" dalam kaca tv ni. (Photog: Abg Din)



(Photo: Ema)


(Photo: Asnawi)

Inilah keluarga besarku di UPSI. Geng-geng AT05 ISMP BM. Bermacam-macam perkara dihadapi bersama. Masing-masing punya kelebihan yang tersendiri.


                                                      (Photo: Shah)

Sempat juga bergambar bersama dua insan hebat ini. Selain itu, berpeluang juga berarak bersama-sama keluar dewan selepas Istiadat konvokesyen ditangguhkan. Menjadi VIP utk seketika adalah keseronokan yang teramat sangat. Terima Kasih Dato' TNC dan Dr. Dahlia Janan atas semua jasa kalian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,


Inilah sedikit gambar ketika aku menjadi wakil untuk berucap dalam dewan yang cukup gah. Walau apapun komen orang tentang ucapan ku ini, aku tetap begitu kerdil untuk menjadi wakil mereka semua. Terima kasih Allah kerana menentukan dan memilih aku untuk berada di atas pentas ini pada ketika ini. Terima kasih Prof Madya Dr. Raja Nor Safinas ( Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi) atas ihsan gambar ini.


Inilah dewan yang menjadi saksi. Dewan Besar UPSI. 






Akhir sekali, terima kasih buat keluargaku yang bersusah payah untuk datang bagi meraikan hari yang sangat bersejarah ini. Terima kasih. (photo: Abg Fadzil)

Kalau diikutkan, banyak lagi gambar-gambar menarik tapi cukuplah ini sahaja. Penat juga menaip. hahaha. Alhamdulillah, semoga perjalanan dalam dunia ilmu ini tidak akan terhenti sampai disini sahaja. 

Terima kasih kerana sudi singgah.