Followers

Wednesday 16 November 2016

Mi Goreng Mudah Nyum Nyum

Bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah berhasil juga hasrat untuk kongsikan resepi mi goreng simple ini. Fuhhhh bersawang puaka dah blog ni. Lama tak update. urmmm... Ok lah. tak mau dok merepek panjang-panjang. Sakit tekak pulak, tak berapa ada mood nak melawak. hahaha. dah, mai kita tengokkk.


BAHAN-BAHAN
- 1/2 Kg mi kuning
- 2 rumpun sawi (tak pasti apa penjodoh bilangan.. haha.)
- 2 cekak taugeh
- isi ayam (nak banyak manapun ikut suka)
- kicap lemak manis
- 2 biji telur (Tiada dalam gambar)
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN KISAR
- 1 cekak ikan bilis
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 8-10 biji cili kering

ok apabila dok sebut bahan-bahan guna kg, gram selalu yang baru nak jinak-jinak memasak ni mesti jadi pening. sebenarnya memasak ni pakai main agak ja. kalau susah sangat pi pasar raya beli penimbang yang murah tu. rasa dalam belas-belas ringgit ja. Ok dah. jom tengok cara-cara menggoreng pulak.

CARA-CARA


mula-mula sekali, kita tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 


Apabila sudah pecah minyak, kita masukkan ayam. Jangan lupa nak gaul pulak yer... 


Seterusnya apabila ayam kita sudah nampak hampir masak atau bertukar putih, kita boleh masukkan batang sawi ni. Asingkan siap-siang batang dengan daun. Sebab batang sawi ni makan masa sikit untuk empuk.


Dah kalau kering sangat, tambah air yerr... Bagi batang sawi ni dah layu, boleh la masukkan kicap.


ok ni langkah yang agak penting iaitu memasukkan kicap. Saya guna Habhal. Kenapa Habhal?. Entah... hahaha. saya tak memilih sangat tentang kicap ni. Kicap ni kita masukkan sehingga warna bahan-bahan dalam kuali tu dah cukup cantik, maknanya hitam-hitam manis gitu. 


Selepas rencah kita mendidih, dah boleh masukkan telur. Telur ni sebenarnya pilihan. Lepas masukkan telur, gaul  bagi telur tu hancur. Nanti makan mi ada tekstur telur yang kecik-kecik tu lagi menambahkan selera. Tak gitu Kak Senah? hahaha.


Seterusnya selepas telur tu dah berketul-ketul, boleh masukkan mi kita. Gaul la hingga sekata. Ni kalau nak mudah gaul, pakai tangan ja. hahaha. biaq melecur habis. gurau ja yer. Jangan buat pulak!!!




Akhir sekali, boleh masukkan daun sawi dan taugeh. Ada sesetengah orang dia suka sayur ni layu sikit-sikit saja. terpulang la. Yang penting layu. huhuhu... setelah layu, cuba gaul mi kita, kalau masa gaul nampak berasap keluar tu makna dah siap. huhuhu. Jangan tunggu asap berkepol-kepol pulak. haha. 



Taraaaa.. Dah siap. dah boleh makan dengan penuh nikmat.

KAUs 16/11/2016
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)