Followers

Friday 20 September 2013

Perjumpaan Khas Warga UPSI bersama TPM.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, untuk entry ni saya cuma nak berkongsi sedikit apa yg berlaku, keadaan, dan pengharapan sepanjang program ini.

Seperti biasa, setelah berita tentang program ini tersiar di UPSI Portal, ramai mahasiswa/i UPSI yg mengupdate laman facebook milik mereka dengan pelbagai pertanyaan yang akan diajukan kpd YAB TPM terutamanya isu yang berkaitan posting ataupun penempatan graduan dalam bidang pendidikan. Terdapat juga soalan-soalan yg cuba meminta penjelasan tentang graduan DPLI dan GSTT dan sebagainya.

Hari kejadian menyaksikan kami sebagai crew mmg datang awal. Alhamdulillah, Dewan Besar UPSI sedikit-sedikit menjadi penuh dengan kehadiran mahasiswa/i, dan staf2 UPSI... Alhamdulillah juga target utk mendapatkan kehadiran sama bilangan dengan kerusi di dalam dewan tercapai ( erkk,,, yakin ja,,, ada jugak kerusi yg kosong).

Kehadiran YAB TPM diiringi oleh Menteri Besar Perak dan N. Cancelor UPSI Prof Zakaria disambut meriah. ketibaan sekitar jam 10.30 pagi itu memberi keyakinan kpd siswa/i agar mereka dikhabarkan berita yag gembira oleh TPM.

Ucapan alu-aluan telah dilakukan oleh Naib Cancelor UPSi. Beliau banyak menyebut palbagai bentuk pembangunan di UPSI meski masih dalam perancangan dan ada yg sedang dibangunkan... Antaranya Kompleks sukan, sekolah makmal dan lain-lain.



`gambar in diambil sendiri oleh saya


~ seterusnya akan dtg, xsempat pula.. ada kelas

Thursday 19 September 2013

SEJARAH PEKAN SIK




Sik sebenarnya berasalnya daripada perkataan Arab 'Syed' atau 'Syeikh' , dan juga disebut dalam loghat Patani Kelantan ianya berbunyi Sik . Sebutan diantara berbunyi Sik atau Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong. Mubaligh-mubaligh Arab telah meneroka petempatan di Pekan Sik. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk  Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan dengan Stesen Minyak Shell sekarang di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah pada dikenali sebagai Padang Tok Sheikh dan tapak ini kemudian nya berkembang menjadi sebuah penempatan dan merupakan pondok pertama di Daerah Sik. dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman. Padang Tok Sheikh kini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan telah dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik.



Antara kemudahan di Pekan Sik.. banyak lagi... gambar ni ja ada... hehehe



Monday 16 September 2013

.Mengimbau kenangan silam aku di Kg. Sungai Batang

Aku dilahirkan pada tanggal 6 Jun 1991 di Kampung Baru Sungai Batang... erkkkkkkkk!!!!!! bukan lahir dihospital ker????? hahaha... aku pun xtanya mak aku, mungkin aku lahir di klinik di kampung tapi kemungkinan besar juga aku dilahirkan di rumah. Memang sudah menjadi kebiasaan. Menurut ibuku, aku dilahirkan pada waktu petang dan sebab itulah kulitku terlebih cerah daripada adik beradik yg lain.. hahaha... mengarut semua itu. Nak tahu apa yang pelik lagi ketika aku dilahirkan??????

.
.
.
.
.
.

hurmmmmmm... perkara pelik yg lainnya apabila aku dilahirkan adalah selepas aku dilahirkan aku tidak menangis mahupun mengeluarkan apa-apa bunyi. errrkkkkkk, mak aku fikir aku dah bisu.... tapi Alhamdulillah, tak lama kemudian aku dah mampu berteriak... mesti mak aku gembira time tu.. hehehehe... rasanya sebab tu jgk sekarang ni aku ni kuat berleter... hahahahha.

" Khairul Azhar" demikianlah nama indah yang tercitra melaui ilham kakakku yang kedua... Alhamdulillah nama indah ini berkembang mekar seumpama bunga-bunga yang indah membawa kebaikan yang bertambah-tambah... hehehe.. over lebih plakkkkkkk... hehehe...

Membesar sebagai kanak-kanak di Kampung Sungai Batang sememangnya satu perkara yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Kehidupan di Kampung sangat best dan menarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tiada kata-kata yang mampu aku gambarkannnn... mandi sungai, main guli, panjat pokok, main dalam bendang, tangkap ikan karim (pelaga), main tol (galah panjang), main jirapoint( nak eja xreti) dan macam2 lagi la kalau mainnnn termasukla main masak2.. hahahha... membesar bersama rakan-rakan membuatkan hidup ini lebih bermakna. Kehidupanku bersama keluarga yang bukan kaya-raya membuatkan aku banyak belajar untuk hidup berdikari dan belajar untuk menjadi yang terbaik.

Pada tahun 2003, kami sekeluarga berpindah ke penempatan baru iaitu Bandar Baru Beris Jaya yang mana Kg Sungai Batang sudah dijadikan empangan takungan air yang kini dikenali sebagai Tasik Beris. huhhhhhhhhhh... sedih tak terkata, kampung yang banyak mengajar erti hidup kepada ku kini tiada lagi ditenggelami air. nak nangisssssssssssssssss.............................................................................


Inilah rupa Kg. Sungai Batang yang sudah berubah menjadi Tasik Beris.


sampai di sini saja coretan ringkas hidupku di Kg Sugai Batang.