Followers

Monday 16 September 2013

.Mengimbau kenangan silam aku di Kg. Sungai Batang

Aku dilahirkan pada tanggal 6 Jun 1991 di Kampung Baru Sungai Batang... erkkkkkkkk!!!!!! bukan lahir dihospital ker????? hahaha... aku pun xtanya mak aku, mungkin aku lahir di klinik di kampung tapi kemungkinan besar juga aku dilahirkan di rumah. Memang sudah menjadi kebiasaan. Menurut ibuku, aku dilahirkan pada waktu petang dan sebab itulah kulitku terlebih cerah daripada adik beradik yg lain.. hahaha... mengarut semua itu. Nak tahu apa yang pelik lagi ketika aku dilahirkan??????

.
.
.
.
.
.

hurmmmmmm... perkara pelik yg lainnya apabila aku dilahirkan adalah selepas aku dilahirkan aku tidak menangis mahupun mengeluarkan apa-apa bunyi. errrkkkkkk, mak aku fikir aku dah bisu.... tapi Alhamdulillah, tak lama kemudian aku dah mampu berteriak... mesti mak aku gembira time tu.. hehehehe... rasanya sebab tu jgk sekarang ni aku ni kuat berleter... hahahahha.

" Khairul Azhar" demikianlah nama indah yang tercitra melaui ilham kakakku yang kedua... Alhamdulillah nama indah ini berkembang mekar seumpama bunga-bunga yang indah membawa kebaikan yang bertambah-tambah... hehehe.. over lebih plakkkkkkk... hehehe...

Membesar sebagai kanak-kanak di Kampung Sungai Batang sememangnya satu perkara yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Kehidupan di Kampung sangat best dan menarikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... tiada kata-kata yang mampu aku gambarkannnn... mandi sungai, main guli, panjat pokok, main dalam bendang, tangkap ikan karim (pelaga), main tol (galah panjang), main jirapoint( nak eja xreti) dan macam2 lagi la kalau mainnnn termasukla main masak2.. hahahha... membesar bersama rakan-rakan membuatkan hidup ini lebih bermakna. Kehidupanku bersama keluarga yang bukan kaya-raya membuatkan aku banyak belajar untuk hidup berdikari dan belajar untuk menjadi yang terbaik.

Pada tahun 2003, kami sekeluarga berpindah ke penempatan baru iaitu Bandar Baru Beris Jaya yang mana Kg Sungai Batang sudah dijadikan empangan takungan air yang kini dikenali sebagai Tasik Beris. huhhhhhhhhhh... sedih tak terkata, kampung yang banyak mengajar erti hidup kepada ku kini tiada lagi ditenggelami air. nak nangisssssssssssssssss.............................................................................


Inilah rupa Kg. Sungai Batang yang sudah berubah menjadi Tasik Beris.


sampai di sini saja coretan ringkas hidupku di Kg Sugai Batang.

No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)