Followers

Thursday 21 November 2013

Kulihat Enggang Di Pintu Timur

Assalamualaikum



Alhamdulillah, masih juga aku dapat melihat ciptaan Allah S.W.T yang sungguh indah ini. Siapa percaya, masih terdapat beberapa ekor burung enggang yang terbang rendah di dahan-dahan pokok di sekitar kampus lama UPSI. kalau di tempat aku, memang susah nak nampak secara dekat sebab burung ni terbang tinggi dan hidup di bukit yang di beri nama Bukit Enggang.

Melihat enggang ini membuatkan aku terpana sedikit rasa sayu. Rasa sayu ini menerjah dalam. Seolah-oleh mengirimkan sedikit rasa siksa mereka terhadapku. Begitu payah mereka hinggap dari dahan ke dahan. Terdengar sahaja kenderaan lalu  akan bergeraklah mereka ke dahan yang lainnya.

Aku cuba monolog, apakah habitat mereka masih selamat ataupun sudah punah dicakar jari ganas merodok bumi hingga menyebabkan mereka terpaksa menumpang di misai hijau Ibu Kandung Suluh Budiman ini. Begitu payah untuk mengerti. Hanya mereka dan tuhan sahaja mengerti. Walau segagah mana pun mereka terbang, mereka tetap dihimpit gangguan manusia durjana mengaku penghuni dunia. Sayu dan kaku mengiringi.

Kalau mereka punya suara yang bisa melontarkan kata, nescaya mereka akan menjerit memaki hamun manusia yang tak punya rasa. Manusia yang gila. Manusia yang tamak haloba. Mereka pasti menangis memikirkan nasib anak cucu yang tidak terbela. Mereka pasti bersiap sedia dikuburkan oleh kita yang mengharap kalungan bunga.

Matanya ada air. Ya aku tak nampak. tapi kepayahan mereka itu membuktikan. Apakah air mata mereka langsung tak ada harga??????????????

Aku nampak mereka terbang berpasangan. Apakah cinta mereka masih manis ??? setelah manusia meragutnya??? Adakah mereka sanggup hidup membenihkan zuriat lagi sesudah tahu akan dibunuh manusia???

Aku gelarkan mereka itu mereka kerana mereka lebih layak digelar mereka berbanding kita yang terleka

cintai bumi hadiah Illahi.



No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)