Followers

Tuesday 3 December 2013

Beras dan Melayu

Beras
(padi yang telah diproses dan akan kembang apabila dimasak)


Martabat beras dalam masyarakat Melayu sememangnya tinggi. Maka tidak hairanlah diceritakan dalam kisah Mahsuri bagaimana Pandak Mayah dan Endak Alang yang tidak mempunyai anak. Namun begitu, pada suatu hari Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis setelah penat mengerjakan sawah. Kerak tersebut dicampur dengan nasi yang dtanak dan tak berapa lama lepas tu Endak Alang pun hamil. Maka lahirlah Mahsuri dan dikhabarkan juga sewaktu kelahiran Mahsuri padi menguning seakan-akan emas yang berkilauan.

Satu lagu bukti ditunjukkan dalam filem "Embun". Sewaktu Bapa kepada Embun ingin berjumpa dengan pihak Jepun bagi memohon kepada pihak Jepun supaya melepaskan "Bayu", anaknya yang ditahan mereka. Sewaktu dalam perjalanan, kelihatan pihak Jepun sedang rakus membelasah orang-orang Cina. Dia memberhentikan basikal. Perasaan marahnya memuncak setelah melihat seorang askar Jepun yang mengais2 beras menggunakan kaki. Dia telah menyerang tentera Jepun hingga mengorbankan nyawanya. jelas betapa beras amat penting dan martabatnya sangat tinggi berbanding makanan2 keperluan lain.

Fungsi beras sebagai sumber makanan utama masyarakat Melayu memungkinkan mengapa beras ini begitu dijaga. Selain itu beras juga mempunyai fungsi lain seperti dalam adat istiadat. Sebagai contoh, pulut kuning.

*setakat sini dulu. nanti sambung lain.

Ini cuma pemerhatian dangkal tanpa sebarang rujukan. (pendapat saja) salah harap maaf.

No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)