Followers

Sunday, 12 January 2014

RANGKUMAN SEMESTER 5

huhhhhhhhhhhhhh.... pejam celik pejam celik akhirnya dah habis semester lima yang penuh dugaan ini. Maka pada tanggal 13/1/2014 aku akan bergerak pulang ke tanah tumpah kelahiranku. kenapa lewat????? huhuhu... saja je balik lewat sebab kena urus bas HAK.

baiklah fokus kepada topik---->

Semester lima aku bermula dengan baik sebabnya jadual kuliah pun lebih teratur. yang penting jadual hanya sehari ja kelas jam 8 pagi... almaklumlah kalau kelas pagi ni mudah untuk terlewat. ahahahaha... maka aku lalui hari-hari kuliah seperti biasa. xpernah lewat ka? gila xpernah lewat.. hahahhaa...

Alhamdulillah sem ni aku rajin sikit la dari biasa. esemen selalu sikit buat. Bagi aku ahli kumpulan dalam buat tugasan tu sangatlah penting. ada yang mampu memberikan motivasi dan ada pula yang hanya tahu mengarah...

selain tu, untuk bersajak... Alhamdulillah banyak jugak jemputan selain 3 ke empat pertandingan yang aku sertai. Inilah platform untuk aku terus mempertingkatkan kemahiran diri.

pensyarah-pensyarah juga terbaik sangat sem ni. semua spoting... klu sebelum-sebelum ni ada yang tak kena. huhuhu.. n carrymark pun kebabommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

final exam macam biasa jgak la.. boleh la jawab tap xtahu la.. aku cuma mengharapkan pointer aku naik dengan banyak bagi mengubati duka semester 3. huhu.. duka? adalah.. kuiiiiiiiiii222222

apapun semester ni best. xsabar nak balik kampung.

Monday, 6 January 2014

KEPIMPINAN BERKUALITI NGAH IBRAHIM

Ngah Ibrahim merupakan anak kedua kepada Long Jaafar. Beliau dilahirkan pada tahun 1836 dan telah mewarisi kekayaan ayahnya. Ketika berumur 20 thn, Ngah Ibrahim telah mewarisi arena korporat dan pentadbiran. Beliau mengusahakan bijih timah, ladang kopi dan ladang tebu. Kerana beliau, daerah Larut menjadi terkenal. Pada tahun 1877, beliau dibuang ke pulau Seychelles kerana dituduh membunuh J.W.W Birtch di Pasir Salak.

1) Melantik orang Inggeris sebagai Setiausaha peribadi.
- pemimpin memerlukan orang yang dipercayai dan penting untuk membantu atas kebolehan dan kemahiran yang dimilikinya.
- Justeru, Kapten Speedy telah dilantik dan mengetuai Pasukan Polis Pulau Pinang.
- Hal ini telah melanggar tradisi kerana selalunya orang Melayu sahaja dilantik.
- Keberanian Ngah Ibrahim mengubah pengurusan inilah dikatakan kepimpinan berkualiti.
- kapten Speedy dilantik juga kerana beliau pernah berkhidmat sebagai  Timbalan Pesuruh Jaya Polis Pulau Pinang.

2) Memindahkan Pusat Pentadbiran
- Pentadbiran di ubah dari Bukit Gantang ke Matang.
- Dulu pusat pemerintahan Long Jaafar di Bukit Gantang.
- Hal ini kerana lokasi Bukit Gantang yang jauh untuk proses bijih timah.
- Matang berdekatan dengan Sungai Larut dan Sungai Malawati : mudah untuk proses bijih timah.
- Matang memudahkan Ngah Ibrahim melicinkan pentadbiran di Larut.
- Tindakannya mengubah pusat pentadbiran ini dikatakan berani.
- Beliau juga pernah meminta pendapat ibunya tentang hal ini.

3) Memiliki Kapal Wap "Bahtera Bayu"
- Menjadi kelainan dalam masyarakat Melayu kerana orang Melayu hanya menggunakan sampan untuk mencari rezeki dan pengangkutan pada ketika itu.
- Berani membeli kapal wap
- Membuktikan kpeda orang Inggeris bahawa orang Melayu mampu mengalahkan mereka.
- Kapal ini dibeli supaya  beliau bergerak dari negeri ke negeri lebih mudah dan pantas.

4) Mengupah pasukan polis dari India
- Pemimpin memerlukan pembantu atau penyokongnya untuk melaksanakan dasar atau perancangan
- Mengupah 110 orang pasukan polis dari India yang berbangsa Punjabi dan Pathan.
- Diketuai oleh Kapten Speedy.
- Hal ini bercanggah- biasanya pembesar2 mengupah orang Melayu.
- Tentera ini berkebolehan menjalankan tugas serta patuh arahan.
- Kemanan Larut juga lebih terjamin.
- Tentera ini menggunakan senjata api.

sekian... Jelas di sini, keberanian Ngah Ibrahim mengubah tradisi inilah dikatakan kepimpinan berkualiti yang ada padanya. Keputusan ini bukanlah keputusan yang membuta tuli sebaliknya mendapat pandangan serta pemerhatian yang mendalam--- ni ayat sy tambah nak bg korang faham..

isi ni diambil dalam nota yang diberikan semasa Seminar prosa yang pertama... nota ini bertajuk KEPIMPINAN BERKUALITI NGAH IBRAHIM. harap dapat membantu.

Sunday, 5 January 2014

Model Reka Bentuk Pengajaran Dick & Carey (1990)

DI bawah model ini terdapat lapan proses ppengajaran yang dicerakinkan kepada empat bahagian iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian.

ANALISIS

1) Kenal pasti matlamat pengajaran.
- kenal pasti apa tujuan yang hendak dicapai
- hal ini bagi memastikan pengajaran mengikut urutan dan tak tersasar
- kenal pasti penggunaannya dan masa yang ditentukan semasa pelajar menggunakan perisian.

2) Kenal pasti kemasukan tingkah laku.
- melihat kepada tahap kebolehan pelajar sebelum pengajaran
- guru perlu memberi lebih perhatian pelajar yang kurang terdedah dengan teknologi multimedia ini
- ciri-ciri pelajar akan memberi impak reka bentuk pengajaran kerana pelajar yang dah biasa kepada pengisian ini akan mahukan lebih maklumat

3) Kendalikan analisa pengajaran
-analisa ini amat penting kerana guru dapat mengetahui apa yang diajar
- bagaimana domain pembelajaran bagi mencapai kemahiran sasaran
- supaya kelemahan perisian dapat diperbaiki dan memudahkan pelajar memahami pengajaran

REKA BENTUK

4) Menulis objektif pembelajaran
- supaya isi pelajaran dapat dicapai sepenuhnya
- jika pelajar berjaya membuat tugasan, maka objektif terdahulu tercapai
- dalam pembelajaran, pelajar perlu mendapatkan kemahiran untuk digunakan dalam pembelajaran seterusnya dan ditingkatkan dari semasa ke semasa

PEMBANGUNAN

5) Membangunkan item ujian rujukan kriterian
- setiap kelemahan perisian dapat dikenal pasti dan dibaiki
- perkara yang perlu dinilai ialah pembelajaran
- item juga akan menilai pelajar dan masa yang diperlukan untuk sesuatu penilaian
- perlu tahu jumlah item ujian supaya keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat

6) Membangunkan strategi pengajaran
- maklumat yang diperolah dan dirancang dikelompok mengikut turutan maklumat
- capaian akan lebih mudah dan cepat
- maklumah ini akan dipersembahkan melalui penglibatan pelajar dan tindak balas mereka

7) Membangunkan dan memilih bahan pengajaran
- bahan pengajaran memerlukan satu strategi yang sesuai dan bahannya pula dapat digunakan baik secara individu mahupun kumpulan
- aspek pengajar juga kena diberi perhatian supaya pelajar dapat faham secara maksimum

PENILAIAN

8) Reka bentuk penilaian formatif
- supaya pakar subjek mempercayai bahawa kandungan bahan pengajaran dalam perisian adalah tepat dan menepati spesifikasi perkeliliang




APA ITU MULTIMEDIA?

Multimedia adalah gabungan kata 'multi' dan 'media'. Multi bermaksud banyak manakala media pula boleh ditakrifkan sebagai tempat, sarana atau alat menyampaikan informasi. Juteru, multimedia boleh dikatakan sebagai wadah atau penyatuan beberapa elemen multimedia. Elemen-elemen ini adalah teks, grafik, audio, animasi dan video. Multimedia adalah konsep dan teknologi baharu dalam teknologi informasi yang boleh disimpan, diproses dan disajikan. Bahan multimedia ini bersifat interaktif kerana baik untuk indera penglihatan dan pendengaran. Selain itu, multimedia ini juga lebih dekat kepada bentuk asli dan boleh dikawal penggunaannya.

ELEMEN-ELEMAN MULTIMEDIA

1) Teks
- bentuk data paling mudah disimpan dan dikendalikan
- paling hampir dengan kita kerana selalu digunakan
- fungsinya adalah menyampaikan maksud cerita
- kunci komunikasi idea
- terdapat teks yang bercetak, teks imbasan, teks elektronik dan hiperteks
- dibantu oleh reka letak teks, jenis dan fon
- pelajar mudah bosan berbanding gambar

2) Imej Grafik
- muncul sebagai latar belakang teks bagi tujuan pengindahan
- bahasa gambar sering dikatakan menggambarkan seribu kata
- imej yang digunakan mesti bertepatan dengan tema
- jenis imej : imej vektor, imej digital, gambar hiper dan bitmap
- saiz gambar juga perlu sesuai

3) Audio
- audio dikatakan seri dalam persembahan multimedia
- terdapat dalam bentuk suara, muzik dan kesan suara
- objek bunyi : format warform, compact disc audio, MIDI sountrack, dan mp3
- berfungsi meneguh mesej
- menentukan keadaan fikiran atau perasaan
- menarik perhatian atau menghidupkan suasana penonton
- bunyi perlu sesuai
- bunyi bising boleh menggangu
- bunyi boleh diubah-ubah

4) Video
- rakaman gambar hidup atau bergerak yang saling berturutan
- elemen paling mudah untuk menarik perhatian penonton
- jenis video :
  - video analog = terbentuk daripada gelombang  iaitu analog yang dirakam oleh kamera dan          dipancarluaskan melalui gelombang udara.
  - video digital = terbentuk daripada sederhana gelombang iaitu digital yang digambarkan menerusi titik    sebagai rangkaian nilai maksimum atau minimum
- video ini boleh dimuat turun melalui pelbagai aspek atau cara seperti sumber televisyen, pita video, cakera video dan klip video digital

5) Animasi
- menciptakan gerak pada layar
- nadi utama dalam sesuatu imej
- animasi memastikan imej yang diambil dan diubah suai spt memasukkan pergerakan ke dalam imej boleh berlaku
- menarik perhatian isi kandungan pada skrin
- jenis animasi : animasi berbingkai, animasi masa sebenar dan auto animasi

Nota : nota ini berdasarkan kuliah Aplikasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Wednesday, 1 January 2014

Doa-doa menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum...

Masih berbaki sehari sebelum aku menyerahkan jiwa raga pada runcingnya pena bebola untuk dilorek pada kertas putih dan suci. Bagitulah juga masih berbakinya waktu untuk aku terus memerah minda mengkhatam ilmu yang tertera disaksikan abjad-abjad dalam pengabdian meminta belas yang maha Esa.


berikut aku titipkan doa-doa untuk diamalkan semua. Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua.

mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan.



doa2 ini dipetik daripada http://www.freewebs.com
boleh layari laman ini untuk melihat lebih
banyak doa-doa yang boleh diamalkan

Terima kasih.