Followers

Monday 20 May 2013

Dari Lumpur - Mana Sikana

Sedikit kupasan tentang Teater Dari Lumpur yg dipentaskan hari tu.

:karya - Prof Mana Sikana
:Pengarah - Cik Wan dan Shah 

sinopsis ringkas. 
Raja Mahadi terlalu cemburukan Raja Abdullah yang telah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh sultan untuk mentadbir Kelang. Raja Abdullah bukanlah org tempatan. pelbagai cara telah dilakukan oleh Raja Mahadi untuk merampas Kelang. Paling teruk apabila ada campur tangan luar iaitu Tuan Hudson yg bertindak secara diam2. watak syaitan dan malaikat yang diketengahkan oleh pengarah adalah konflik dalaman yang telah timbul dalam diri raja Mahadi. Akhirnya Raja Mahadi telah insaf.

*sebenarnya karya Dari Lumpur ini adalah bersifat Metahistografi. Walau bagaimanapun pengarah iaitu Cik Wan telah berani memasukkan nilai eksperimen dalam karya ini. Prof Mana juga telah bersetuju dengan tindakan tersebut.

* pelakon sudah cuba yang terbaik bagi menjayakan teater ini. hal ini boleh dinilai melalui voice projection yg jelas walaupun ada jgk sedikir kekuciran. Pelakon sudah cuba membawa watak masing2 dengan penuh penghayatan. pelakon juga cuba membawa penonton bersama2 dengan percubaan berseloroh secara spontan tanpa keluar drpd watak ( In character). Penari juga terlibat dalam lakonan termasuk menjadi org kampung dan dayang.

* kami juga telah dibantu oleh pesilat2, adik2 PAKK dan pelajar ERT utk org mengamuk.

* kru sebalik tabir juga boleh dipuji atas kelancaran mereka melaksanakan tugas. sebagai contoh, kru prob yg mengangkat platform dengan tenang. begitu juga dengan kru2 lain seperti FOH, kebajikan, busana, make up dan lain-lain.

*kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama bagi menjayakan pementasan Teater Dari Lumpur ini.

No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)