Followers

Monday 27 May 2013

Raja Abdullah ~ Teater Dari Lumpur

 dalam teater Dari Lumpur, watak Raja Abdullah adalah satu watak yang sangat penting. wujudnya watak Raja Abdullah ini telah mewujudkan pelbagai konflik di Kelang baik kepada golongan anak-anak raja, golongan pembesar mahupun masyarakat kebanyakan. 


 Raja Abdullah merupakan pentadbir Kelang yang telah diberi kepercayaan oleh Almarhum Sultan Muhammad. Raja Abdullah merupakan orang luar iaitu Bugis yang telah diberikan kepercayaan untuk mentadbir Kelang. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuashatian Raja Mahadi dan pengikutnya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Raja Mahadi untuk merampas kembali Kelang. Pada babak ke-13, Raja Abdullah telah diserang oleh Raja Mahadi dan pengikutnya ketika sedang berbual2 bersama Sultan Abdul Samad. Raja Abdullah telah ditikam oleh Raja Mahadi.

Akhirnya Raja Abdullah telah mangkat setelah berjaya melarikan diri ke Kuala Lumpur. Raja Abdullah mangkat di sisi Isteri Puteri Saerah dan anakda yang disayangi iaitu Raja Ismail. sebelum itu, Raja Abdullah telah memberi kepercayaan kepada Raja Ismail untuk menghapuskan Raja Mahadi dan meneruskan kekuasaannya di Kelang.

*Raja Abdullah

No comments:

Post a Comment

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)