Followers

Sunday 8 December 2013

Teater Renjong : kritikan rambang


Alhamdulillah dapat juga aku menyaksikan rakan-rakan berjuang di pentas teater. huhhhhhhh, banyak betul pujiannya sampai aku rasa kalau aku dalam produksi Renjong sudah semestinya seluar aku dah koyak rabak. Hal ni jugalah penyebab untuk aku membuat ulasan yang ikhlas tanpa bias. hehehehe.. mesti seram geng Renjong baca ni.. xdalah ni saja ja pendapat untuk lebih maju pada masa hadapan.

1 ) penonton Alhamdulillah ramai jgk. Aku membuat konklusi mudah, wujudnya Renjong atas identiti yang berbeza kos dan ideologi banyak mempengaruhi kehadiran penonton pada hari itu. mana taknya ada Sejarah, bahasa Melayu, Sains Pertanian dan mungkin ada lagi jurusan lain. Nampak juga rakan-rakan pro-M yang datang menyokong beberapa sahabat pada hari itu.

2) Apa yang paling mengganggu aku pada malam tu adalah Audio. minta maaf pada kru audio. Tapi kehadiran audio untuk setiap babak agak membosankan ditambah pula dengan bunyi2 gangguan audio yang sememangnya menggangu la. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa audio juga menghidupkan Renjong pada malam itu. terbaik juga daripada kru audio.

3) Set dan prob pula tak banyak yang bergerak. Tapi ok jgak la.

4) Pencahayaan ok.

5) Perjalanan cerita bermula di pasar. Ok. namun menjadi hambar apabila pelakon tidak mencari mic jadi suara tu samar2 (pada peringkat awal shj-mungkin baru nk sesuaika diri dgn pentas). Keluar Dato yang kat pasar tu menyelamatkan keadaan. Ada part2 tertentu yang terlalu banyak bercakap ditambahkan suara pelakon yang mendatar mejadikan penonton agak mengantuk. tapi tak lama la. selepas keluar aksi-aksi menarik serta lontaran suara yang lebih lantang memukau penonton. Kebijaksanaan pelakon membuat lawak menarik perhatian penonton. Babak yang keluar janda kepoh tu dok bergelek mmg menggamatkan dewan. tambah pula pak cik yang berinjut2 tu (pandai buat gaya) hahaha... terbaik. tp pergerakan mereka keluar dan masuk lebih kurang tiga kali menyebabkan perhatian kpd watak yang sedang bercakap agak terganggu. Tapi ada babak yang tak jelas, cth time Mariah tembak penjahat n lepas tu tak tahu apa yang jd. dok tunggu babak seterusnya tp xda jawapan. Mungkin aku yg teralit.

6) Watak : Bgi aku watak yang agak kuat pada malam tu ialah  mak Dr Zafran, Dato Kasim, Dato' apa yg sorg lagi tu (lelaki). Satu lgi aku tertanya2 mengapa tidak diberikan watak yang besar kepada yg jd pengacara majlis semasa dok berkempen. Kalau tak silap Nora. Aku rasa tone suara dia lebih sharp dan bersemangat. pendapat aku ja la. Antara watak sampingan yg kuat ialah Pak cik yg terinjut2 tu la. huhuhu. Penjahat pun ok. Pelakon utama utk watak Dr. Zafran. secara jujurnya aku rasa pelakontu  sangat pandai berlakon tetapi mungkin berlaku ketidaksesuaian watak saja. Apapun pelakon2 ni semua klu rajin lagi menimba ilmu dan pengalaman aku yakin boleh jadi leboh hebat. Apapun terbaik utk pelakon Renjong.

7) apa lagi yang aku nak komen ni. xda apa dah kot. jadi aku nak bagi bintang. daripada 5 bintang aku bagi 4.5. Terbaik.

Maaf la ni cuma komen murahan dari aku. Maaf kalau ada yang tidak berkenan. ni cuma pendapat. Aku pun xpandai dalm bidang teater ni jadi kritikan secara rambang ni la jd pegangan. Kalau salah, anggap saja ni komen picisan yang sememangnya tak berguna sama sekali.

bahasa mmg ko la ulasan aku ni almaklumla jam 6 pagi dok menaip ni

Ikhlas : KAUs

4 comments:

  1. terbaikk.... bestla renjong~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mmg best... klu diberi lebih masa lagi pasti lagi best. harap ada Renjong dua,

      Delete
  2. untuk pengetahuan saudara, alnooraisza ahmad merupakan production manager yang dilantik sejak awal lagi. jadi, dia tidak boleh memegang watak major kerana takut bebanan kerja yang banyak akan mempengaruhi fokus kerjanya. juga buat pengetahuan saudara, skrip kami siap selepas pertengahan semester. jadi jalan cerita sebenar tidak dapat dibayangkan. dan skrip yang kami dapat juga skrip yang belum siap disunting sepenuhnya. maka, kami hanya dapat buat apa yang termampu.

    skema x ayat aku? hahaha..
    btw, terima kasih atas pandangan yang diberi :3
    -krew renjong-

    ReplyDelete
  3. mcm nak marah saja. huhu.. ni pun komen aku yg paling berhemah dh ni. nanti aku p bilik ang. lebih telus. huhu

    ReplyDelete

hAi KaWaN yAng cOMel, TingGalkan KOmEn LepAs Baca yer, SaTu PuN Ok. :)