“Hilmy dan Jimmy akak ada tugas untuk kamu. Kamu kena buat persembahan sempena sambutan hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah” Kak Rahmah memberi arahan. “Jimmy memang pandai menyanyi akak” sambut Hilmy dengan selamba membuatkan riak muka Jimmy kemerah-merahan. “Owh baik, jadi kamu Hilmy kena jadi pengerusi majlis berpasangan bersama Hanis. Akak sudah berbincang dengan dia” Akak Rahmah membalas. “Hurmmm erk erk erk akak erk hurm, baik akak” Hilmy mula membayangkan bagaimana nanti kalau mulutnya disumbat pembesar suara oleh Si Katak Pisang tu.
Sepanjang
malam dia memikirkan sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku hingga
terkeluar segala rumus ‘probability’ dalam otaknya yang sudah lama
bersawang kerana sudah lama tidak menjadi pengerusi majlis.
Tambahan pula dia akan digandingkan pula dengan si katak pisang itu. “Ini semua
kerja gila” jerit Hilmy hingga membuatkan rakan-rakan rumahnya tergamam.
Esok
dia mesti bersemuka dengan Si Katak Pisang itu tapi bagaimanakah caranya?. Dia
harus profesional dan lupakan sebarang respon daripada dia. Lagi pun mereka
harus bekerjasama, takkan pula si Hanis tu berani nak buat hal.
“Hilmy,
nanti hanis nak berjumpa dengan kamu selepas waktu persekolahan tamat” tiba-tiba
Emel sahabat kepada Hanis menyampaikan pesan. “Cis, Si Katak Pisang ni nak jual
mahal pula sampai hantar mel eletronik
ni” getus dia dengan nakal sekali.
Hilmy
tekun menunggu manakala Jimmy menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi
memastikan masanya tidak terbuang begitu sahaja. “Sudah lama kautunggu katak Hijau?” tegur Hanis
dari belakang. “Cis, Katak Pisang ni berani betul!” Hilmy mula bengang. “Kaujanji
pukul berapa Katak Pisang?. Aku dah tunggu kauhampir 20 minit.” Balas Hilmy
dengan nada yang lebih tegas. Hanis mula mencebik muka. Dia tidak sangka
niatnya untuk bergurau akhirnya membuatkan situasi makin tegang. Jimmy pula
khusuk tunduk sambil matanya kadang-kadang mengerling melihat gelagat dua ekor
katak yang sedang bergaduh itu.
“1,
2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10” Hilmy mula menggunakan teknik Fairy Mary bagi
meredakan kemarahannya. Bila ketegangan reda
Hilmy mula meminta maaf kepada Hanis. Hanis cuma mampu memberi sedikit angguk
dan senyum 20 sen. “Dia ni ikhlas ke tak?” Batu persoalan melekat dalam diri
Hilmy. Tanpa melengahkan masa mereka mula berbincang tentang tugas mereka
sebagai pengerusi majlis sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah yang akan
berlangsung pada hari Isnin minggu hadapan iaitu lebih kurang lima hari
daripada hari ini.
“Esok
kita bincang lagi, jangan pula kaulewat” amaran meluncur laju daripada mulut
Hilmy. Sikap ketegasannya memang sudah ada sejak kecil lagi. Dia juga pernah
menjadi Ketua pengawas sewaktu di sekolah rendah dan ketua umum sewaktu di
sekolah menengah. “Baik,
jangan-jangankau yang lewat” Hanis cuba memulangkan paku buah keras. “Baik kita
tengok, tapi kalau kaulewat kauboleh sahaja melompat sebabnya itulah
keistimewaan katak pisang” Hilmy cuba berseloroh. Panggggg!!! Tamparan Hanis
yang lembut tertempek di belakangnya sehingga dia merengek bagaikan bahunya
ditimpa buah kelapa. Terus bayang-bayang
Hanis hilang selepas itu. Mungkin dia takut Hilmy mengejarnya dan membalas
perbuatannya. Almaklumlah dalam fikiran Hanis, Hilmy merupakan seorang yang berfikiran tidak
waras yang selayaknya menjadi penghuni Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan.
Sesi
perbincangan kedua tiba. Seperti perjanjian Hilmy tekun menunggu di kantin
sekolah. Jam di tangannya ditelek-telek. Detik deras berlalu namun kelibat
Hanis tidak juga muncul-muncul. “Grrrrrrrrrrrrrrr, Katak ni sudah dilenyek
kereta barangkali” Hilmy makin geram. Dia juga mencari nombor telefon yang
sempat diberikan Hanis kepadanya semalam. Namun, setelah dihubungi panggilannya
tidak terangkat. “Adakah dia ini sejenis katak yang bertelinga cap badak?”
Syaitan sedang menari-nari keriangan dalam diri Hilmy. Dia cuba pula mencari Hanis di bilik guru
namun kelibatnya tidak ditemui sebaliknya hanya ada Emel yang masih tidak
pulang. “Erin Emelia, mana Katak Pisang yang selalu berdempek dengan engkau ni?”.
“Manalah aku tahu, dia pulang ke rumah awal-awal tadi lagi. “Cis, budak ni
memang nak kena”.
“Lain
kali kalau tidak tahu berjanji jangan berjanji!!!!!!!!!” Hilmy menaip mesej dan
terus menghantar kepada nombor yang tertera nama Hanis Sipi. Lebih kurang 5
minit selepas itu masuk pesanan ringkas “maaf L”
daripada Hanis. Hati Hilmy bagai mendidih dibakar kemarahan yang tidak
tertanggung. Dia memang tidak suka kepada orang yang tidak pandai melunaskan
janji. “Tidak mengapa hari ini hari kau, esok hari aku pula. Siap kau!” Hilmy
mula berniat jahat.
_______________________________________________________________________EPISOD 2
Nantikan episod ketiga untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku.
CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIADA KENA-MENGENA ANTARA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENGHADAP ILLAHI.
"Assalamualaikum cikgu" ( To be Continued)
Nantikan episod ketiga untuk mengetahui apakah yang bakal berlaku.
CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIADA KENA-MENGENA ANTARA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENGHADAP ILLAHI.
"Assalamualaikum cikgu" ( To be Continued)
Cerita yg bagus. Membuatkan saya x sabar hendak tgu episod seterusnya. Tahniah.
ReplyDeleteterima kasih Haliah Mihd Rasol. huhu. nantikan
ReplyDelete